Analisis SPM Mathematics Form 4and 5(KSSM)
- Publisher: PENERBIT ILMU BAKTI SDN BHD
- Code: 9789672997535
- Availability: Pre-Order
Analisis SPM Matematik Tingkatan 4 & 5 KSSM disediakan khusus sebagai sumber rujukan dan latihan yang komprehensif untuk calon SPM. Soalan-soalan dalam buku ini disusun secara sistematik berdasarkan bidang
pembelajaran dan topik dalam buku teks untuk mempertingkat pemahaman dan pembelajaran murid.
Ciri-ciri istimewa buku ini:
Nota Ekspres – nota ringkas, tepat dan padat yang disusun secara sistematik berdasarkan DSKP dan buku teks
Contoh Tekerja – mempertingkat pemahaman murid tentang sesuatu topik atau subtopik
Tip Bijak – menyediakan ulasan dan bimbingan bagi membantu murid memahami kehendak soalan
Kesilapan Lazim – mengingatkan murid tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh murid dan menyebabkan kehilangan markah
Kaedah Alternatif – mengemukakan langkah penyelesaian yang berbeza bagi soalan yang sama
Zon KBAT – memperkukuh pemahaman murid tentang sesuatu topik atau subtopik menerusi soalan aras tinggi yang mencabar
Sudut Kalkulator – mendedahkan murid kepada langkah penyelesaian masalah matematik
menggunakan kalkulator
Soalan Simulasi SPM – mendedahkan murid kepada soalan mirip peperiksaan sebenar
Kertas Model SPM – membiasakan murid dengan format pentaksiran SPM yang terkini
Penyelesaian Lengkap – panduan penyelesaian masalah matematik secara sistematik dan langkah demi langkah