Kutemu Hijrah di Eropah

Kutemu Hijrah di Eropah

  • RM25.00
  • RM22.50

Air mata aku menitik. Sedih dan gembira. Bila aku fikir, hidayah ini datang menyapa mungkin telah berkali-kali. Bukannya aku tidak nampak orang lain yang menutup aurat dengan sempurna di sekelilingku, tapi aku tidak pernah mengambil endah, tidak pernah kira itu sebagai teguran Allah kepadaku. Telalu sombong dan angkuh. Aku bersyukur Allah menegur aku melalui paderi tempoh hari. Kalau tidak, mungkin aku tidak sedar lagi bahawa aku tersimpang jauh. Setiap orang ada masa untuk bertaubat sehingga sebelum nyawa dicabut malaikat maut. Bila perkara itu berlaku, semuanya telah terlambat. Aku sendiri mempunyai pengalaman menyaksikan seseorang yang begitu rapat denganku, arwah mommy pergi tanpa diduga.