KONSPIRASI & EKSPLOITASI SAINTIS BARAT PSEUDOSAINS

KONSPIRASI & EKSPLOITASI SAINTIS BARAT PSEUDOSAINS

  • RM38.90
  • RM35.01

Majoriti pendukung doktrin evolusi Darwinisme (Darwinisme Sosial) adalah para saintis paleoantropologi yang bersandar sepenuhnya kepada rasionalisme. Mendakwa menggunakan kaedah saintifik tetapi sering dituduh mengeksplotasi retorik imaginasi , fantasi dan ilusi. Hampir kesemua mereka adalah golongan agnostis, skeptiis dan ateis yang hidup tanpa pegangan agama. mereka mengeksplotasi dan memanipulasi bidang sains persejarahan  sehingga bidang berkenaan dicemari dengan fiksyen dan dongengan peudosains. Asas pegangan mereka dimulakan dengan sangkaan iaitu apabila sesuatu proses evolusi berlaku terhadap sesuatu hidupan maka akan muncul suatu spesis yang baru. kononya ,setiap spesis baru yang menjelma akan memiliki struktur dan bentuk yang lebih berdaya saing, kompleks dan maju. Menggunakan daya imaginasi dan fantasi, mereka mendawak telah wujud beberapa spesis yang beruk besar purba (primat) jutaan tahun yang lalu. melali mkanisme tabii, dengan tidak semena-mena beberapa ekor primat itu mengalami mutasi dan seterusnya berevolusi sehingga termunculah spesis peralihan (homonid) yang berkan kesudahan dengan kemunculan keturunan manusia (genus homo) yang wujud sehingga ke hari ini.


Majoriti saintis yang berpegang kepada doktrin agama (Kristian) iaitu para pendukung teori penciptaan menolak doktrin evolusi Darwinisme. Mereka mendakwa doktrin evolusi Darwinisme sengaja direkacipta untuk  menlenyapkan asas kepercayaan manusia terhadap ajaran agama Kristian. Menurut keyakinan mereka berasaskan Kitab Bible(Genesis), induk keturunan manusia pada hari ini adalah Adam dan Eve. Mereka enggan bermoyangkan haiwan atau primat. Mereka percaya terhadap kuasa penciptaan Tuhan iaitu setiap sesuatu ciptaan Tuhan berupa entiti berasingan dan memiliki kriteria dan sifat-sifat tersendiri. Bagi mereka, Tuhan tidak memerlukan faktor mutasi apatah lagi proses evolusi yang berlarutan hingga berjuta-juta tahun lamanya bagi mencipta sesuatu. Realitinya, kuasa tabii, mutasi dan proses evolusi itu dendiri adalah hasil ciptaan Tuhan. Pelbagai rasional dan bukti dikemukakan bagi menepis konspirasi pentaksub doktrin evolusi Darwinisme yang senantiasa memanipulasi, mengeksploitasi dan menyebarkan spekulasi yang sarat dengan makar pembohongan dan penghinaan terhadap bangsa manusia ciptaan Tuhan.


Bagi umat Islam, polimik dan kecelaruan fikrah yang berlakyu di alangan ahli sains Barat itu perlu ditanggapi melalui perspektif Islam supaya pegangan akidah setiap muslim itu tidak musah tergelincir. Seyogianya, setiap muslim perlu berwaspada dan menyelidik terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu yang dibawa oleh orang lain terutama dari Barat. Aspirasi berkenaan sememangnya bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya.


"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa suatu berita, maka selidiklah kebenarannya, agar kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan kamu sehingga kamu menyesal terhadap apa-apa yang kamu telah lakukan."