Menyingkap Kenikmatan Dan Keindahan Syurga

Menyingkap Kenikmatan Dan Keindahan Syurga

  • RM29.90
  • RM26.91

Syurga atau Al-jannah secara bahasa bermakna kebun (al-bustan) atau kebun  yang di dalam nya terdapat pepohonan. Bangsa Arab juga biasa menggunakan kata al-jannah untuk  menyebut pohon kurma. secara istilah, syurga islah nama yang umum mencakup sebuah sebuah tempat yag telah dipersiapkan oleh Allah SWT bagi makhluk yang mentaati-nya, di dalamnya terdapat  segala macam kenikmatan, keindahan, kelazatan, kesenangan, kebahagian  dan kesejukan pandangan mata. Syurga juga  disebut dengan berbagai nama, antaranya darus salam (negeri Keselamatan), Darul Khuld (negeri yang kekal), Jannatun Na'im (syurga yangpenuh kenikmatan), Al-Firdaus dan lain-lain lagi.


Keindahan dan kenikmatan di syurga tidak dapat digambarkan oleh akal manusia fana. Pelbagai kisah tentang syurga sering diceritakan dalam berbagai surah Al-quran, sebagai tempat keabadian berupa jannah (taman yang indah atau kebun) yang terdapat sungai-sungai mengalir di bawahnya.Allah s.w.t berfirman: 'perumpamaan syurga yang dijalankan kepada orang-orang yang bertakwa ialah seperti taman mengalir sungai-sungai di dalamya; buahnya tidak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa; sedang tempat itulah tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah nereka.'(surah Ar-Ra'd:35)


sesunggguhnya, syurga adalah negeri kemuliaan yang abadi iaitu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan keindahan maha sempurna. Kenikmatan dan keindahan yang telah Alah SWT sediakan bagi orang-orang yang bertakwa. BEtapa agungnya nikmat syurga jika dibandingkan dengan kesenangan dunia.