Mukjizat Dan Keajaiban Dalam Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W Insan Luar Biasa

Mukjizat Dan Keajaiban Dalam Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W Insan Luar Biasa

  • RM25.90
  • RM23.31

Buku "MUKJIZAT DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W"ini merupakan papran kisah-kisah dan peristiwa-peristiwa aneh dan ajaib yang terjadi dalam kehidupan Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang insan yang luar biasa, bukan insan biasa.

Sebelum ini, kita jarang-jarang didedahkan dengan kejadian dan peristiwa aneh yang terjadi kepada Nabi Muhammad s.a.w. Perkara-perkara yang menyalahi adat itu merupakan perkara yang wajib kita yakini kerana ia salah satu daripada rukun iman.


Antara yang dipaparkan dalam buku ini ialah semasa kelahiran beliau saw terjadi terpadamnya api penyembahan kaum majusi dan hancurnya tentera Abrahah yang hendak menyerang Kaabah. Beliau s.a.w dilahirkan dalam keadaan sedia berkhatan, tali pusatnya terpotong dengan sempurna, beberapa kali peristiwa pembedahan dada beliau, terdapat tanda khatamunnabi di antara dua berlikatnya ait mutlak terpancar melalui celah-celah jari-jemarinya, penerokaan ke angkasa lepas dengan kenderaan Burak pergi dan balik cuma memakan masa semalaman sahaja, ramalan-ramalan peristiwa bakal terjadi ada akhir zaman menjelang kiamat dan lain-lain, yang anda boleh dapati dalam buku ini. Dan selanjutnya anda boleh baca paparannya dalam buku ini.


segala kisah-kisah aneh yang terjadi ke atas Nabi MUhammad saw boleh memantapkan lagi iman dan keyakinan anda behawa beliau saw benar-benar seorang Nabi dan Rasul yang dengan menyebut namanya dalam kelimah syahadah sebagai syarat mengesahkan iman. Tanpa menyebut nama Nabi muhammad saw dalam syahadah bererti belum sah menjadi sebagai seorang islam. itulah keistemawaan Nabi muhammad saw sebagai insan yang penuh dengan misteri yang hanya tersingkap misterinya jika baca buku ini.