Mesopotamia- Membongkar Misteri Tamadun Awal

Mesopotamia- Membongkar Misteri Tamadun Awal

  • RM35.90
  • RM32.31

Mesopotamia merupakan tamadun awal dunia yang melambangkan kehebatan peradaban dunia silam yang semakin hilang daripada garis pensejarahan terutama dari sudut pandang timur kerana kurang diberi perhataian akan peripentingnya.Wahlhal, sebenarnya tamadun Mesopotamia amat akrab dengan timur atau dunia muslim kerana ramai Nabi, Rasul yang dibangkitkan di sana termasuklah Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, dan Nabi Yunus. Nabi Rasul ini berperanan untuk mengajark masyarakat Mesopotamia untuk menyembah Allah.

Penulisan ini juga menghuraikan tentang latar belakang kemunculan tamadun Mesopotamia meliputi latar masa dan kedudukan geografinya, juga sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan sosial Mesopotamia.

Penulisan ini turut membawa pembaca menyelani misteri Mesopotamia yang dimanifestasikan melalui karya-karya seperti Emuma Elis,Epos Gilgamesh , Arthahasis dan Codex Hammurabi serta keunikan monumen seperti zigurat, taman tergantung Babylon,Silinder Gudea dan Menarababel. Nyata, masyarakat Mesopotamia amat maju dari sudut intelektual dan kemahirannya. Mungkin kerana terdapat Nabi Rasul sebagai pemandunya.

Walaubagaimanapun, sudah lumrah sesebuah tamadun akan melalui kitarannya. Muncul, bangun, berkembang, dan akhirnya runtuh. Begitu halnya yang berlaku kepada tamadun Mesopotamia.